Friday, September 3, 2010

Masalah penyusuan bayi..

Mengapa agaknya ada ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana merasakan susu sikit masa anak 1 dan 2?

Kalau melihat dari pengalaman sebegitu ramai ibu-ibu di luar sana, susu sikit antaranya kerana:-

1) Susu tak keluar pada beberapa hari pertama, jadi direct feeding dihentikan dan digantikan dengan susu formula. Bayi dilahirkan sedia kenyang. Pada beberapa hari pertama kebiasaannya apa yang dihasilkan ialah colostrum. Manusia berebut-rebut nakkan kolostrum lembu kerana kebaikan yang begitu banyak. Kenapa perlu kita rugikan kolostrum yang kita sendiri hasilkan untuk diberikan pada bayi yang baru lahir? Kebaikan kolostrum manusia sudah pasti berkali-kali ganda lebih baik dari kolostrum lembu.

Direct feeding amat perlu untuk menghasilkan stimulasi untuk pengeluaran susu. Apabila kita beralih kepada susu formula, maka kita telah rugi satu sesi hisapan langsung daripada mulut bayi yang amat berguna untuk merangsang pengeluaran susu.

2) Bayi kerap menangis hendakkan susu. Ibu beranggapan susu yang dihasilkan tak cukup lalu ditambah dengan susu formula.
Breastfeed bayi anda mengikut demand. Biarlah dia menangis nak menyusu setiap 15 minit pun. Perlu diingat, semasa bayi masih di dalam perut, nak makan memang mudah, bila-bila masa saja nak, semuanya disalur direct melalui tali pusat. Tapi bila dah keluar ke dunia, apa lagi cara bayi tu nak menunjukkan rasa lapar. Merengek/nangis saja la caranya. Mungkin bayi tu small eater. Minum setiap 15 minit. Jadi ikut sajalah, tak perlu merasakan susu tak cukup kerana membandingkan bayi yang minum formula tidur kekenyangan sehingga berjam.

Jadi berbalik kepada persoalan tadi, mengapa perlu membeli pam susu?

1) Masalah inverted nipples
Kalau ibu tu mengalami masalah inverted nipples, breastpump boleh membantu mengatasinya. Masalah inverted nipples bukan masalah remeh yang boleh dibiarkan, kerana ia antara penyebab yang boleh membuatkan seorang ibu itu mengalah untuk meneruskan penyusuan.

2) Bayi lahirkan tak cukup bulan
Bayi yang lahir tak cukup bulan biasanya mempunyai masalah weak suckling. Apa lagi jika si ibu mempunyai inverted nipples, memang menyukarkan keadaan. Bayi yang lahir tak cukup bulan juga biasanya perlu ditempatkan di dalam incubator. Ibu perlu menggunakan masa ini untuk mengepam susu bagi memastikan bayi tersebut memperoleh khasiat kolostrum dan seterusnya susu ibu, serta membantu merangsang pengeluaran susu.

3) Bayi mengidap jaundice
Bayi yang mengidap jaundice yang tinggi perlu melalui phototherapy treatment. Ibu perlu mengepam susu untuk dibekalkan kepada bayi tersebut.

4) Untuk membantu mengurangkan engorgement dan mengelakkan mastitis
Ramai ibu yang mengalami engorgement semasa pantang disebabkan semakin banyak susu yang dihasilkan. Jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan mastitis. Jadi memang penting untuk si ibu mengepam untuk mengelakkan perkara ini.

5) Untuk menyediakan stok beku untuk simpanan dan stok segar untuk dibekalkan kepada anak setelah ibu masuk bekerja.

6) Untuk mengajar anak menyusu botol sebelum ibu masuk bekerja.

7) Untuk menyediakan stok susu kepada anak apabila anak mengalami nursing strike disebabkan sakit, teething dan sebagainya.

8) Untuk maintain pengeluaran susu yang berterusan.
Bagi ibu bekerja, apabila anak tidak menyusu semasa ibu bekerja, penting untuk ibu menggantikan sesi penyusuan tersebut dengan mengepam, bukan sahaja untuk menyediakan stok susu kepada anak, tetapi juga untuk memastikan pengeluaran susu yang berterusan.
Jika si ibu tidak mengepam, badan akan menerima signal bahawa ia tidak perlu menghasilkan susu kerana si anak tidak memerlukan susu tersebut. Lama-kelamaan pengeluaran susu akan menyusut, dan ini akan membawa kepada masalah "susu sikit".

Ada banyak sangat sebabnya. Seperti kata ibu-ibu yang lain, ibu perlu tekad dan nekad untuk menyusukan anak. Usaha, keinginan dan keyakinan perlu ada. Minda yang positif amat penting. Kalau awal-awal dah mengalah, dan minda dah set yang susu akan sikit, maka itulah juga jadinya. Renung semula lagu "Kau Boleh."


Sikit atau byk, ia adalah atas kesilapan/inisiatif kita sendiri

susu sikit
-negative thinking : minda dah set susu sikit
-kurang direct BF (when with baby)
-kurang pumping (when away from baby)
-latching/lekapan tak betul
-penggunaan pam yg tidak menyamai baby suction
-makan jamu yg entah hape hape
-makan pil perancang yg tak sesuai utk bf mom
-penyakit : PCOS (kena confirm ngan doktor)

susu banyak
-positive thinking ; minda dah set, susu cukup utk anak
-kerap direct BF
-kerap pam
-latching betul
-penggunaan pam yg bagus, menyamai baby suction
-double pumping







dipetik dan diolah dari http://www.susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=4889&forum=1&viewmode=flat&order=ASC&start=20

Sunday, February 7, 2010

Mengapa Yahudi Bijak?


Saya dpr cerita ni melalui email kiriman seorg teman.. tak tau la btul ke tidak.. tp untuk kebaikkan dan kesihatan apasalahnya kite pn ikut benda yg baikkn..

Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
(saya pernah kerja di farmasi dan ramai ibu-biu kaum cina yg amalkan pengambilan pil minyak ikan tuk perkembangan bayi mreka - alin)


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan darat, secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya satu +ve dan satu -ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan mengalami masalah penghadapan- alin) Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahula sebelum mkn benda lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan mengandungi asid, bila kite makan benda berat mcm nasi dan selepas tu baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid dan gas, yg boleh menyebabkan angin - alin)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon


Dipetik dari www.susuibu.com

Bahan beracun dalam lampin pakai buang!!!

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.

Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulkan masalah kesihatan dalam jangka panjang.

Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebut boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Penggunaan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.
Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)


lagi info : Diaper rash

Monday, January 18, 2010

Bayi - kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan si manja

Menyusui bayi


Kesihatan bayi


Pemakanan bayi


Tidur bayi



Penjagaan bayi



selanjutnya http://www.babycenter.com.my/malay/baby/

Sunday, January 17, 2010

Bagaimana campuran Melamine di dalam susu bayi boleh menyebabkan penyakit batu karang yang membawa maut ?

Masyarakat dunia kini dikejutkan dengan skandal campuran Melamine ke dalam susu bayi keluaran Shijiazhung Sanlu Group Co. di China yang menyebabkan 53000 bayi dan kanak-kanak jatuh sakit dan 12900 lagi dirawat di hospital.

Sehingga 20 september lepas, 4 disahkan menjadi korban bahana melamine ini. Namun begitu, bagaimana bahan kimia ini begitu bahaya dan boleh maut ?

Apakah itu Melamine ?

Melamine ialah bes organik yang terdiri daripada karbon, oksigen dan nitrogen. Bahan kimia ini kali pertama dihasilkan oleh Justus von Liebig pada 1830 yang kemudiannya dihasilkan secara besar-besaran untuk kegunaan industri.

Seperti yang kita sedia maklum, melamine merupakan bahan yang digunakan untuk membuat pinggan mangkuk melamine. Selain itu, melamine juga digunakan untuk menyelaputi permukaan plastik dan kayu.


Kenapa di campurkan pada susu formula bayi ?

Dipercayai pihak pembuat susu di China menambah air ke dalam susu bagi meningkatkan kuantitinya. Namun begitu, tindakan ini menyebabkan kandungan nutrien di dalam susu merosot. Oleh sebab itu, mereka mencampurkan melamine bagi meningkatkan kandungan protein di dalam susu tersebut.

Bagaimana ini boleh berlaku ?

Dalam menentukan tahap protein di dalam sesuatu nutrisi, kandungan nitrogen dijadikan ukuran. Melamine mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Oleh itu, dengan mencampurkan bahan kimia ini ke dalam susu yang dicairkan akan mengaburi bacaan sebenar tahap protein pada susu tersebut.

Apa kegunaan nitrogen kepada manusia ?

Nitrogen merupakan unsur yang sangat penting kepada sesuatu organisma dalam proses pembiakan termasuk manusia. Berbeza dengan tumbuhan yang boleh menyerap nitrogen dari udara, manusia dan haiwan perlu mendapatkan sumber nitrogennya sendiri melalui sumber-sumber sedia ada di dalam tumbuhan dan haiwan lain.

Tanpa nitrogen, pembentukan DNA dan asid amino (bahan asas protein) tidak boleh berlaku.

Bolehkah badan kita mengunakan sumber nitrogen di dalam melamine seperti yang terdapat pada protein ?

Jawapannya, tidak boleh.

Melamine merupakan molekul yang sangat kecil. Jika diambil, kebanyakkannya akan diserap ke dalam usus sebelum dihadamkan. Kemudian, ia akan mengalir ke dalam peredaran darah sehingga ke destinasi akhir iaitu ginjal. Di sana, melamine akan diserap dan disingkirkan dari badan melalui urin. Ini disebabkan melamine mempunyai sifat yang sangat larut di dalam air.

Bagaimana melamine boleh membentuk batu karang di dalam ginjal ?


Walaupun melamine sangat larut di dalam air dan mudah disingkarkan melalui urin, buah pinggang manusia tetap mempunyai hadnya tersendiri. Akibatnya, pada dos melamine yang tinggi, ginjal tidak lagi mampu menyingkirkannya dari tubuh badan manusia. Oleh itu, kepekatan melamine akan bertambah seterusnya membentuk kristal yang turut dikenali sebagai batu karang.

Pembentukkan batu karang ini akan bertambah saiz dari semasa ke semasa yang akhirnya menyebabkan kegagalan ginjal yang serius.

Pada Mac 2007 yang lalu, satu kajian oleh pakar toksikologi, Perry Martos dari Universiti University of Guelph mendapati ada satu lagi bahan kimia yang mendorong kepada pembentukan batu karang akibat melamine iaitu cyanuric acid. Gabungan kedua-dua bahan kimia ini boleh menyebabkan pembentukan batu karang yang sekaligus menyebabkan kegagalan ginjal.


Bagaimana pembentukan batu karang ini menjejaskan fungsi ginjal ?

Seperti yang kita tahu, ginjal merupakan organ yang penting dalam 'menapis' bahan-bahan toksik di dalam darah dan disingkirkan melalui urin. Dari ginjal, urin mengalir ke pundi kencing melalui ureter dan seterusnya disingkirkan keluar dari badan melalui saluran urethra. Bahaya pembentukan batu karang bukan terletak pada saiznya tetapi lokasi dimana ia berada di dalam ginjal. Jika ia betul-betul berada di saluran ureter (saluran urin dari ginjal ke pundi kencing) lalu tersekat pada saluran tersebut, ia akan menyebabkan saluran ureter tersumbat.

Akibatnya, urin tidak dapat keluar dari ginjal lalu meningkatkan tekanan pada organ tersebut. Pada sesetengah kes, tekanan yang meningkat ini membantu mengeluarkan batu karang daripada saluran tersebut. Namun begitu, jika ia berterusan tanpa sebarang rawatan, keadaan ini akan menyebabkan kegagalan ginjal yang kronik.

Namun begitu, pada kes bayi di China, ia lebih terarah kepada kegagalan ginjal akut.

Apakah simptom-simptom pembentukan batu karang di dalam ginjal ?

Jika anda mendapati anak-anak anda terutama bayi yang meminum susu formula mengalami tanda-tanda seperti berikut.
  • pendarahan di dalam urin (air kencing)
  • pembuangan air kencing tidak lawas
  • kesakitan pada buah pinggang

Sila pastikan anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor untuk pengesahan
pembentukan batu karang di dalam ginjal.


dipetik dari http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t81288.html

Saturday, January 16, 2010

Masalah kesihatan bayi anda & petua menanganinya

Ruam Lampin:

BAGAIMANA BERLAKU?

Ruam lampin adalah suatu reaksi yang berlaku pada kulit bayi akibat sentuhan kulit yang lama terhadap air kencing dan najis. Ini berlaku apabila bayi dibiarkan memakai lampin yang basah untuk jangka masa yang lama.
Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan ruam lampin mudah terjadi ialah:
Geseran antara dua permukaan kulit yang basah.
Kesan enzim yang terdapat dalam najis merosakkan permukaan kulit.
PH air kencing dan najis yang tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan berlakunya reaksi kulit.
Apabila reaksi kulit berlaku, hilang keupayaan permukaan kulit sebagai pelindung–menyebabkan kerosakan bertambah teruk.
Bahagian kulit yang biasanya terlibat ialah pada bahagian punggung, di sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.

SIMPTOM

Antara simptom-simptom ruam lampin ialah:
  • Bahagian kulit berwarna kemerah-merahan dan kadangkala berkuping haIus.
  • Kulit berasa kasar dan gatal.
  • Bagi ruam yang teruk, terdapat luka luka kecil pada kulit, terutama pada bahagian lipatan kulit. Ini menyebabkan bayi merasa sakit dan menangis pada setiap kali basah (membuang air).
Ruam lampin kerap kali dijangkiti oleh sejenis kuman kulat yang dipanggil Candida albican. Kulat ini biasanya terdapat di dalam najis bayi yang normal. Apabila berlaku jangkitan Candida pada ruam lampin, keadaan akan menjadi lebih teruk.
Lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah untuk mengelakkan ruam lampin.
Jangkitan Candida akan bergerak lebih mudah ke bahagian kulit lain, terutama di bahagian leher, celah ketiak, di kelilingpunggung dan adakala sampai ke muka. Jangkitan berlaku apabila bayi menggaru dari satu bahagian kulit ke bahagian kulityang lain. Kulat ini juga suka hidup di bahagian kulit yang berpeluh seperti di lipatan-lipatan kulit. Tanda-tanda yang kelihatan apabila ruam lampin dijangkiti Candida ialah warna kulit yang kemerahan dan berkilat di kelilingi oleh bintik-bintik kulit yang berkuping. Keadaan ini sangat gatal dan bayi akan lebih banyak menggaru dan merasa gelisah.

PENCEGAHAN

Ruam lampin boleh dicegah dengan menyapu krim pelindung pada punggung dan di sekeliling kemaluan bayi sewaktu menukarlampin. Antara krim pelindung ini termasuklah campuran yang mengandungi zink oksida, jeli petroleum, minyak cod liner dan calamine. Ibu dinasihatkan agar mengelakkan dari menggunakan seluar dalam plastik dan lampin bayi perlu ditukar dengan kerap apabila basah. Lampin buatan baru yang lebih menyerap air adalah baik, tetapi harganya lebih mahal. Bagaimanapun, lampin jenis ini perlu diganti apabila permukaan kulit bayi didapati basah.

RAWATAN

Apabila bayi telah terkena ruam lampin, langkah yang paling baik ialah mengelakkan dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yang rosak lebih sensitif kepada geseran. Seboleh bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai digunakan pada masa ini ialah yang mengandungi Hydrocortisone (1-2%) yang disapu di bahagian terlibat dua atau tiga kali sehari. Jika terdapat jangkitan Candida, gunakan krim pembunuh kulat seperti Nystatin atau krim Miconazole yang disapu tiga kali sehari. Bayi yang kerap mengalami ruam lampin perlu dirujuk kepada pakar kulit untuk memastikan ia bukan jenis penyakit kulit yang serius.
(credit to berundu laut, S.Alam)

lagi info : Diaper Rash

Perut kembong


Lepas mandikan baby, mesti sapukan minyak telon atau minyak cap yuyee kat perut,betis dan tapak kaki.. biar dia selalu kentut,so tak de la dia selalu kene kembung.


Turunkan suhu Badan Bayi

Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu badanbayi akan berkurangan.


Demam


Bila bayi demam kena mandikan untuk elakkan panasnya lagi naik.


Selsema

Petua org tua2 ,calitkan ibu kunyit kat batang hidung bb n InsyaAllah selsema cepat kering...


Mengikut panduan dan prinsip hospital (gov) yg baru, kanak2 yg berusia bwh 2 tahun tak boleh diberi ubat batuk dan selsema. Ini kerana ubat tersebut boleh mengakibatkan bayi jadi tak aktif. Jadi ubat yg blh diberi hnya ubt demam shj (paracetamol). Antibiotik pun tak blh.

Jadi,selagi baby kita menyusu dgn baik, teruskan penyusuan sbb susu ibu mengandungi antibodi yg blh melawan penyakit. Baby kita pula mempunyai daya ketahanan badan yg mampu melawan penyakit. Jadi dari situ tak perlu bagi ubat2 tu sume kecuali ubat demam shj.


Cirit-birit

Biasanya baby walaupun fully BF....sebab jangkitan, maybe kita terlepas pandang tentang kebersihan....atau alahan especially when we start them w weaning diet...
Anyhow yg penting kalau anak kena vomiting n diarhea ni...mesti pastikan hydrationnya ok....not dehydrated (tanda2 - bibir kering, mata nampak dalam/sunken, ubun2/ fontanelle tu berlekuk, kulit jd kering ..kencing pun sikit...)
Boleh bg air garam/ ORS tu...tapi yg penting cuba bg minum....kalau anak masih active but still experience diarhea...don't worry...badan akantry to remove everything bad - kuman etc from out of system....don't try to give something to stop it ...

For certain baby esp those already started w formula milk...they can get lactose intolerance...kalau tengok punggungnya...kat tmpat berak to - kemerah2an + mengelupas...should change milk to lactose free formula...n lactose free food....for 6- 8 weeks...kalau boleh BF je lagi baik....

macam mana nak atasi masalah anak cirit birit http://www.mypositiveparenting.org/bm/chp_vaccinati




Ekzema

EKZEMA ni salah satu bentuk keradangan kulit yg biasa dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa tapi risiko kanak-kanak menghidapi penyakit ni berbeza-beza mengikut genetik.

Ada pakar ckp sebahagian daripada puncanya:pengaruh keadaan sekeliling n alahan terhadap pemakanan.

Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.

Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.

Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi

Perlu juga diingatkan kepada ibu bapa bahawa penggunaan bahan kimia dalam sabun bayi boleh membawa kepada timbulnya penyakit tersebut. Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit baby dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.
Guna sabun khas sewaktu memandikan baby cth:sebamed.
Selepas mandi, baby perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas.

Ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.Tapi bila bb atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.Selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman.

Rawatan asas-memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut. Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.

Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua.

Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:

1.Bawa anak berjumpa doktor

2.Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.

3.Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.

4.Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.

5.Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.

6.Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.

7.Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.

8.Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.

Monday, January 4, 2010

Bercerai Susu


BERCERAI SUSU. Inilah istilah digunakan untuk proses pertukaran daripada susu badan kepada susu botol (formula), susu badan atau botol kepada penggunaan cawan dan susu badan atau botol kepada makanan pejal.

Bayi anda akan melalui satu atau lebih daripada fasa bercerai susu ini. Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.

Memberhentikan penyusuan badan kadang kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi mereka.

Tetapi anda akan berasa lebih bebas kerana ada ‘pihak’ lain yang akan menyusukan bayi mereka. Jangan terkejut jika anda berasa sedih dan gembira; anak anda akan belajar untuk berdikari.

Bagaimana anda tahu adakah anak anda bersedia untuk bercerai susu? Tanda seseorang bayi sudah sedia bercerai susu biasanya datang apabila mereka mula belajar merangkak atau berjalan. Bayi yang menyusu badan akan mula menunjukkan tanda hilang minat untuk menyusu.

Bayi yang menyusu botol pula bersedia untuk bercerai susu apabila mereka mula buat perangai, tidak lagi mahu mengemam puting susu atau menyorokkan botol sebelum habis. Bayi anda akan mula menunjukkan minat untuk minum menggunakan cawan.

Bila masa terbaik untuk bercerai susu?

Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini.

Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain.

Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan. Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan.

Apakah cara terbaik untuk bercerai susu?

Cara terbaik untuk ibu dan anak ialah dengan melakukan proses ini secara berperingkat atau perlahan-lahan. Perhatikan tanda-tanda jika anak anda sudah sedia. Apabila sampai masanya, cuba berhentikan satu langkah dalam masa lima hingga tujuh hari.

Ini akan memberikan anda dan bayi masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Jika anda menyusukan badan, bercerai susu secara perlahan-lahan akan membantu mengelakkan buah dada anda daripada menjadi terlalu 'penuh' yang boleh membuatkan ia bengkak.

Dalam tempoh ini bagaimana anda boleh memenuhi keperluan pemakanan bayi?


Berikan susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya setahun atau selama mana anak mahu. Perkenalkan makanan pejal yang diperkaya dengan zat besi apabila bayi berumur enam bulan untuk melengkapkan susu badan.

Bagi bayi yang diceraikan-susu badan atau botol sebelum berumur 12 tahun, berikan susu formula yang diperkaya dengan zat besi bukannya susu lembu atau kambing. Malah, anda juga boleh memberikan susu badan (diperah) melalui botol susu atau cawan; mengikut kesesuaian.

Apa yang boleh dilakukan jika bayi tidak mahu bercerai susu?

Masalah ini memang kerap berlaku. Kadang kala si ibu mahu memberhentikan penyusuan tetapi bayi masih belum bersedia. Jika boleh, teruskan pemberian susu untuk sedikit masa lagi. Cuba tawarkan susu dalam cawan sebelum anda memberikan susu badan. Atau anda juga boleh cuba menukar puting susu.

Sesetengah bayi sukar untuk ‘berpisah’ dengan botol susu mereka. Untuk keadaan ini, jangan biarkan anak anda merangkak, berjalan atau tidur bersama botol susu mereka. Namun, penyusuan ketika tidur malam adalah saat paling sukar untuk tidak memberikan anak anda susu. Cuba gantikan waktu menyusu ini dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau melihat bintang bersama-sama.

Memulakan pemberian makanan pejal

Masa terbaik untuk memberikan makanan pejal bergantung kepada kesediaan setiap bayi. Secara umumnya kanak-kanak memerlukan makanan pejal apabila kalori daripada susu sudah tidak mencukupi. Keperluan ini boleh dilihat apabila bayi boleh menghabiskan sebotol penuh susu tetapi berasa lapar semula dalam masa dua atau tiga jam kemudian. Ini biasanya berlaku pada usia enam bulan.

Bayi yang lebih kecil (kurang enam bulan) sukar menelan makanan pejal walaupun sesetengahnya boleh menelan makanan pada usia lebih muda jika makanan diletakkan di belakang lidah. Ada ibu bapa memaksa bayi kecil untuk makan banyak makanan pejal dengan harapan anak akan tidur lena sepanjang malam.

Bagaimanapun, ia bukan langkah baik kerana boleh menyebabkan anak anda mendapat radang paru-paru (pneumonia) dan masalah makan kemudian hari. Kebanyakan bayi makan makanan pejal selepas menyusu kerana dapat memuaskan kehendak mereka untuk menghisap puting dan pada masa sama mengatasi rasa lapar.

Bayi dan kanak-kanak kecil lebih mudah mengalami masalah alahan atau tidak toleran terhadap makanan berbanding kanak-kanak besar dan orang dewasa. Jika banyak jenis makanan diberi pada satu masa, agak susah untuk menentukan makanan mana yang menyebabkan reaksi alahan.

Justeru, anda sepatutnya memperkenalkan jenis makanan secara berperingkat; satu jenis untuk satu minggu. Jika ia boleh diterima dengan baik barulah perkenalkan makanan lain kepada bayi anda. Melalui cara ini, anda boleh mengenalpasti makanan mana yang boleh menyebabkan alahan pada anak.

Mulakan dengan bijirin diikuti buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan lain seperti sumber protein (daging) diperkenalkan lebih lewat iaitu apabila anak berusia tujuh bulan. Beri anak makan melalui sudu supaya bayi anda boleh belajar teknik pemberian makanan yang baru. Pada umur enam hingga sembilan bulan, kanak-kanak biasanya sudah pandai memegang makanan dan membawanya ke mulut. Jadi mereka perlu digalakkan untuk makan sendiri.

Anda perlu berhati-hati kerana bayi mudah tersedak atau tercekik oleh makanan keras seperti kacang, lobak mentah, gula-gula atau biskut kraker. Elakkan makanan ini. Jika mahu diberikan, pastikan ia dikisar. Anda boleh menyediakan sendiri makanan untuk si kecil dan langkah ini lebih menjimatkan.

Walaupun bayi suka makanan manis, tetapi gula bukanlah nutrien yang penting dan sepatutnya diberikan dalam kuantiti kecil; jika perlu. Jika tidak, jangan perkenalkan gula kepada anak anda. Jangan berikan sajian manis kerana tidak bermanfaat untuk anak anda. Jangan berikan anak anda makanan pejal terlalu awal dan sebaiknya tunggu bayi berumur antara empat hingga enam bulan.

Perkenalkan sedikit makanan baru kepada bayi apabila dia lapar iaitu sebelum dia diberikan susu. Kemudian, perlahan-lahan tambah kuantiti makanan untuk anak anda. Jangan biarkan neofobia (takut kepada makanan baru) melanda anak anda. Jangan paksa anak untuk menerima makanan baru tetapi perlahan-lahan ajak dia makan. Ingat, susu sudah cukup untuk membekalkan keperluan anak sehingga dia berusia enam bulan.

Paling penting, jadikan masa makan sebagai masa yang menyeronokkan. Kasih sayang dan perhatian anda akan merangsang anak untuk makan dan menikmati suasana seronok bersama keluarga.


Petikan dari

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20091230124637/Article/index_html